15 Manfaat Sujud dalam Sholat

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh dari bersujud ketika sembahyang. 

manfaat sujud dalam sholat

Berikut merupakan 15 manfaat  sujud dalam sholat

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang keluar sedikit dari tempat asalnya.

2.Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

 4. Mengurangi sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru² dari ketegangan.

6. Mengurangi kesakitan bagi penyakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk rehat dan mengimbangkan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastis, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangi kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

13. Organ terpenting yaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Menghindari pendarahan otak jika tiba² menerima darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar dari penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak takabur dan sebagainya.

15. Manakala dari sudut perbuatan, kesan sujud dalam sholat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mental seseorang.

Walau tanpa 15 kebaikan sujud ini pun, semua umat Islam wajib untuk menunaikan sholat lima waktu sehari semalam.
Amalan pertama yang ditanya bukanlah seberapa sehat kamu di dunia, atau seberapa banyak harta kamu bahkan bukan pula siapa pacar Kamu. Akan tetapi adalah amalan sholat kita. Baik amalan solat kita. Insya Allah senang kehidupan Kita selepas mati kelak.

Wallahua’lam...

Oke silahkan anda share artikel diatas...insyaallah bermanfaat dan berpahala...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Diharap komentarnya sesuai dengan isi blog,dan diharap di dalam komentarnya tidak menyertakan link.Komentar yang berisi URL/Link pada kotak komentar akan di hapus atau dilaporkan sebagai tindakan SPAM.

Contact Me

Nama

Email *

Pesan *